Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
12.11.2019 JPK Memenangi Anugerah Gangsa Dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Perdana (AIP) 2019

Dewan Plenary, ICC, 12 November 2019 - Alhamdulillah, warga JPK bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmatNya jua projek JPK iaitu Sistem Pengurusan Percetakan (SPP) telah berjaya memenangi Anugerah Gangsa Dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Perdana 2019 sempena menyambut Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke 26 baru-baru ini.



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan hadiah dan penghargaan Anugerah Gangsa AIP 2019 kepada Kamarul Azam bin Haji Mohamad, Pemangku Pengarah Percetakan selaku ketua kumpulan The Achievers.



Syabas diucapkan kepada kumpulan The Achievers yang berjaya mengharumkan nama JPK. Ahli-ahli kumpulan The Achievers adalah terdiri dari Kamarul Azam Haji Mohamad, Mohmad Shahrul Azrin bin Mohamad Bekeri, Hajah Rosnani binti Haji Kula, Muhammad Nazreen bin Haji Amin, Mohammed Hairol bin Abdul Khan dan Hajah Norkhadijah binti Haji Donglah.  Kumpulan ini telah menerima hadiah berupa sebuah piala, sijil penghargaan dan sokongan untuk menyertai pembangunan kerjaya dan kapasiti, learning / project grants jumlah sebanding dengan tidak melebihi $3,000.


Menurut Kamarul Azam Haji Mohamad, ketua kumpulan The Achievers, kemenangan JPK dengan projek SPP adalah satu pencapaian yang sangat bermakna dan menggembirakan semua warga kerja JPK, apatah lagi AIP adalah merupakan suatu Anugerah yang baru diperkenalkan dan JPK belum pernah memenangi sebarang anugerah yang berprestij seumpama ini. Menurutnya lagi, SPP adalah salah satu usaha transformasi digital proses-proses kerja di Jabatan Percetakan Kerajaan. Ianya dibuat bertujuan untuk memudahkan pihak Jabatan dalam membuat pemantauan, perancangan, pengawalan dan membuat keputusan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan percetakan. 


Attachments