Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
15.11.2018 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL JPK 1440H / 2018M

Bilik Silaturrahim, JPK. 15 November 2018 – Bagi menzahirkan penghormatan dan rasa kecintaan terhadap Rasulullah Sallahu A'laihi Wassalam, Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan hari ini bersempena dengan tarikh kelahiran baginda pada 12 Rabiulawal.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan tayangan video bertajuk "Rasulullah Yang Mencintai Umatnya".  

Perisian utama majlis ialah tazkirah mengenai "Mulianya Akhlak Rasulullah" yang telah disampaikan oleh  Ustaz Haji Jufri bin Haji Hidup dari Masjid Universiti Brunei Darussalam. Antara perkara yang disentuh dalam tazkirah tersebut termasuklah :

  • Berbelanja secara berhemah seperti memperbanyakkan bersedekah sebagai saham kita diakhirat nanti; dan
  • Menyelidiki terlebih dahulu maklumat-maklumat yang diterima melalui media sosial dan bukannya terus memforward tanpa mengetahui kesahihannya.
8efb5202-3bbb-4994-9e2f-db9b308d157e.jpg

Menurut Awang Kamarul Azam Haji Mohamad, Pemangku Pengarah Percetakan, beliau menyatakan "Penghormatan dan rasa kecintaan kita terhadap Rasulullah seharusnya dihayati dan dibuat pada setiap masa disepanjang tahun dengan mematuhi ajaran-ajaran dan mengamalkan sunnah-sunnah Baginda. Majlis seumpama ini diadakan bagi mengukuhkan lagi rasa kecintaan tersebut dan dijadikan sebagai momentum untuk meningkatkan lagi gerak langkah kita ke arah cara hidup yang lebih sempurna demi untuk mencapai keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala". 

Majlis disudahi dengan dikir beramai-ramai yang dipimpin oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Bahagian Pos Cetak.

66744ef1-9aa5-4264-9974-3dcf62060196.jpg

fcda6c60-c3e1-4208-874d-e7ee5970a6d9.jpg


Attachments