Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
26.11.2018 Lawatan Sambil Belajar Dari Penuntut-Penuntut Sekolah

Jabatan Percetakan Kerajaan, 17, 22 dan 26hb November 2018 – Sejumlah 94 orang penuntut dari tiga buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Junjongan, Sekolah Ugama Beribi dan Pusat Tingkatan Enam Katok telah membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Percetakan Kerajaan. Lawatan-lawatan tersebut adalah sebahagian dari aktiviti-aktiviti  selepas menjalani peperiksaan akhir tahun dan bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan pelajar-pelajar khususnya dalam bidang percetakan.

IMG_1432.JPG

Rombongan-rombongan tersebut telah disambut oleh Muhammad Nazreen bin Haji Amin, Ketua Bahagian Reka Grafik dan pegawai-pegawai JPK. Sebaik sahaja tiba di JPK, perserta rombongan di bawa ke Bilik Silaturrahim untuk mendengarkan penerangan ringkas mengenai JPK dan proses-proses percetakan. 

IMG_1427.JPG

Rombongan-rombongan pelawat kemudiannya di bawa ke Bahagian-Bahagian Pra-Cetak, Mesin Cetak dan Pos Cetak untuk diberi pendedahan tentang proses-proses percetakan, penjilidan, teknologi-teknologi yang ada dan contoh-contoh produk yang dikeluarkan oleh JPK.

IMG_1101.JPG

IMG_1302.JPGIMG_1469.JPG


Awang Muhammad Rafie Sabri Bin Haji Muhammad Kamal Shahrum dari Pusat Tingkatan Enam Tutong berkata "Lawatan ke Jabatan ini sangat menarik. Ianya dapat menaikan lagi pengetahuan saya mengenai bagaimana proses pembuatan buku-buku dan surat khabar Pelita dibuat dan menghargainya lebih banyak lagi."

Di akhir lawatan, peserta-peserta rombongan telah diberikan jamuan dan hadiah berupa produk-produk keluaran JPK. Sesi lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

IMG_1103.JPG

Gambar ramai bersama anak murid Sekolah Rendah Junjongan

IMG_1306.JPG

Gambar ramai bersama anak murid Sekolah Ugama Beribi

IMG_1478.JPG

Gambar ramai bersama penuntut Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET)

IMG_1483.JPG


Attachments