Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
22.11.17 DUA KAKITANGAN JPK TERIMA APCPA




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menyempurnakan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) di Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali ke 24 bagi tahun 1439H / 2017M yang telah di adakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. 

Alhamdulillah, pada tahun ini, dua kakitangan Jabatan Percetakan Kerajaan telah berjaya terpilih menerima anugerah tersebut. Mereka ialah Awang Awang Amir bin Menuddin, Pengendali Mesin Cetak Offset Tingkat I (kini telah dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Pencetak) dan Awang Mohd Nawi bin Hj Mohd Yussof, Penjilid Tingkat IV. Kedua-dua mereka adalah pemenang APCPA bagi keseluruhan kakitangan Bahagian IV dan Bahagian V Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-jabatan di Bawahnya.

APCPA yang diadakan setahun sekali ini adalah merupakan satu inisiatif berterusan kerajaan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka ini adalah pekerja-pekerja yang boleh dijadikan contoh yang baik oleh para pegawai dan kakitangan kerajaan yang lain.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan dorongan motivasi khususnya kepada pegawai-pegawai mahupun kakitangan-kakitangan kerajaan yang telah menunjukkan hasil dan mutu kerja yang cemerlang serta berkeperibadian yang tinggi dan baik terutama sekali dalam memberikan komitmen, dedikasi dan inovasi dalam mengerjakan tugasan yang diarahkan.

Penerima APCPA bagi setiap Bahagian dihadiahkan sebuah plak, sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak BND1000.




Attachments