Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
01.02.18 JPK MENERIMA LAWATAN DST COM SDN BHD




Khamis, 01 Februari 2018 - Seramai 17 pegawai dan kakitangan dari Syarikat DST Com Sdn Bhd yang diketuai oleh Haji Matnaruddin bin Haji Ibrahim, General Manager telah membuat lawatan ke Jabatan Percetakan Kerajaan. Lawatan yang bermula dari jam 9.00 hingga ke pukul 11.00 pagi itu adalah bertujuan bagi mengetahui perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh JPK dan menyaksikan sendiri proses-proses percetakan yang JPK boleh tawarkan ke pihak DST.

Rombongan tersebut telah disambut oleh Kamarul Azam Haji Mohamad, Pemangku Pengarah Percetakan. Pada peringkat awal, sesi bergambar ramai telah diadakan dan peserta rombongan kemudiannya di bawa ke Bilik Silaturrahim untuk diberi penerangan ringkas tentang JPK.

Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Pra-Cetak (termasuk Bilik CTP dan Bilik Mesin Digital), dan seterusnya ke bengkel-bengkel percetakan dan penjilidan di Bay 2, 3, 7, 8 dan 9.

Datin Hajah Umi Kaltum bin Haji Mat Daud, Assistant General Manager mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian pihak JPK menerima kunjungan mereka dan atas layanan yang telah diberikan. Menurut beliau, lawatan tersebut adalah menarik dan telah menambahluaskan lagi pengetahuan mereka tentang proses-proses percetakan


Attachments